• Pencarum KWSP Boleh Keluar Sebarang Jumlah Mulai Januari

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah baik polisinya apabila membolehkan pencarum berusia antara 55 dan 60 tahun mengeluarkan sebahagian simpanan untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa bermula Januari depan.

    Jika sebelum ini, KWSP hanya membenarkan pengeluaran minimum RM2,000 sekali setiap 30 hari.

    Pencarum yang mahu membuat pengeluaran bulanan juga boleh mengeluakan wang serendah RM100 sebulan berbanding RM250 ketika ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, penambahbaikan itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada pencarum.

    "Para pencarum KWSP memohon lebih fleksibiliti dari segi pengeluaran. Jadi, kami penuhi permintaan mereka," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

    Shahril turut mengumumkan pencarum KWSP boleh melantik Amanah Raya Berhad sebagai penama atau pentabir untuk simpanan caruman mereka.

    Jelasnya, cara itu bakal memudahkan agihan simpanan kepada waris sekiranya berlaku kematian pencarum. - mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Pencarum KWSP Boleh Keluar Sebarang Jumlah Mulai Januari "