• Pemuda UPP Sokong Zahid Selesai Isu Perebutan Kerusi

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) menyokong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditugaskan menyelesaikan isu dan pertelagahan membabitkan peruntukan kerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketuanya, Dr Johnichal Rayong menjelaskan, beliau turut menyokong kenyataan Zahid yang mana calon langsung BN perlu diturunkan di beberapa kerusi untuk menyelesaikan pertindihan tuntutan pelbagai parti BN semasa pilihan raya nanti.

    Rayong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan The Malay Mail membabitkan Zahid ditugaskan untuk menyelesaikan isu dan pertelegahan berkaitan peruntukan kerusi BN.

    "Tidak banyak kawasan sekarang yang menjadi rebutan dan saya berharap ia dapat diselesaikan dengan baik. Biasanya, apabila calon diumumkan di sesuatu kawasan yang mana seorang lagi individu bersedia tetapi tidak dipilih, maka akan berlaku masalah," kata Rayong.

    Baru-baru ini, Zahid dilaporkan berkata, kawasan yang tidak berlaku pertelagahan, calon akan diumumkan awal manakala pendekatan berbeza bagi kawasan yang berlaku konflik.

    "Proses adalah demokrasi dan peruntukan kerusi dibincangkan menerusi mesyuarat BN berlandaskan semangat kerjasama dan persahabatan," tegas Zahid.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Pemuda UPP Sokong Zahid Selesai Isu Perebutan Kerusi "