• Pemuda SUPP Siap Sedia 'Gempur' Kem DAP

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+

    Demi untuk memastikan beberapa kerusi parlimen yang dimenangi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dirampas kembali, Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan berjuang habis-habisan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketuanya, Tan Kai berkata, semua ahli parti bekerja keras dan bergerak untuk meraih sokongan padu pengundi.

    Menurutnya, berteraskan kepada semangat juang tinggi ahli semasa pilihan raya negeri lepas dan sekarang, beliau yakin ahli SUPP cukup bersedia untuk bertarung.

    "Calon berpotensi SUPP bukan sahaja nampak semasa pilihan raya, kami sentiasa bergerak dan mendampingi pengundi menggunakan pakaian korporat kuning," katanya.

    Tan menjelaskan, SUPP sudah mengemukakan senarai calon bagi tujuh kerusi parlimen kepada kepimpinan tertinggi BN.

    Mengenai kemungkinan beliau akan dicalonkan, Tan berkata, bukan hanya beliau tetapi senarai calon untuk parlimen Kuching termasuk presiden parti Datuk Dr Sim Kui Hian, Milton Foo, Wilfred Yap, Lo Khere Chiang dan Sih Hua Tung.

    Bagimanapun jelasnya, ia bergantung kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Pemuda SUPP Siap Sedia 'Gempur' Kem DAP "