• Pemuda SUPP Digesa Tidak Salahguna Kuasa

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian menasihati pemuda SUPP agar tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan semasa terlibat dalam politik agar pengundi memberi kepercayaan kepada parti.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Dr Sim turut menggesa mereka tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa memupuk nilai kepimpinan dalam diri mereka.

    "Utamakan khidmat kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan dan memilih parti untuk mereka," katanya.

    Dr Sim juga mengingatkan barisan pemuda SUPP agar tidak mengambil mudah peluang berkhidmat kepada rakyat agar mereka bersedia lebih awal untuk mengambil alih tampuk kepimpinan parti.

    “Saya amat berharap anda tidak akan mengambil mudah peluang ini untuk berkhidmat kepada rakyat kerana saya akan berada sebagai presiden maksimum enam tahun selepas itu saya akan menyerahkan kepada mereka yang lain, itu komitmen saya.

    “Oleh itu, saya mahu mengingatkan kepada Pemuda SUPP supaya anda berkhidmat untuk semua seperti rakyat, ahli perniagaan, profesional dan sebagaianya,” ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Pemuda SUPP Digesa Tidak Salahguna Kuasa "