• Pemuda PBB Demak Laut Mampu Jadi Teras Utama Transformasi Ekonomi Digital

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    KUCHING:  Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Demak Laut mahu tenaga Pemuda PBB di kawasan menjadi teras utama transformasi ekonomi digital, demikian kata Pengerusi Cawangan PBB Demak laut, Dr Hazland Abang Hipni.

    Menurut beliau, barisan Pemuda PBB bukan sekadar penggantung bendera tetap merupakan penggerak utama transformasi pembangunan ekonomi digital.

    "Banyak program terutamanya kursus mengenai ekonomi digital telah dirancang.

    "Insya-Allah dalam masa tiga tahun, kita akan perluaskan program transformasi ekonomi digital di Demak Laut," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    Ujarnya, beliau mahu pemuda PBB Demak Laut dihormati kerana menggunakan akal dan fikiran dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pemuda PBB Demak Laut Mampu Jadi Teras Utama Transformasi Ekonomi Digital "