• Pemuda Obes 286 Kilogram Meninggal Sesak Nafas

    Published: Sunday, 3 December 2017
    A- A+

    KUALA TERENGGANU – Hajat seorang lelaki obes seberat 286 kilogram (kg) untuk kembali kurus dan menikmati kehidupan normal tidak kesampaian apabila pemuda itu meninggal dunia hari ini.

    Mohamad Faisal Md. Ali yang pernah mendapat khidmat jurulatih kecergasan peribadi percuma pada Oktober lalu, disahkan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya, Kamsah Mat Noor akibat sesak nafas pada jam 5 pagi.

    Media tempatan melaporkan bahawa Kamsah, 57, berkata, Mohamad Faisal yang berusia 29 tahun itu baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Rabu lalu.

    Mencerita dengan lebih lanjut, wanita berkenaan berkata dia hanya menyedari keadaan anaknya itu pada pagi Ahad ini semasa bangun dari tidur untuk menunaikan solat fardu Subuh.

    “Saya bangun pukul 5 pagi, tengok dia tidak bergerak walaupun selepas dipanggil jadi saya cepat-cepat minta abangnya untuk segera bawa pembantu perubatan klinik ke sini.

    “Pembantu perubatan sampai 30 minit kemudian dan mengesahkan Faizal sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Mengabang Telipot di sini hari ini.

    “Sebelum ini, arwah yang merupakan anak bongsu dari lima beradik telah menjalani rawatan akibat obesiti di hospital tersebut selama dua bulan sejak September lalu.

    “Sejak anak saya itu pulang ke rumah dari hospital berkenaan, dia kurang selera untuk makan dan arwah hanya minum susu sebanyak enam kali sehari,” kata Kamsah yang merupakan penguasaha kuih di kampung.

    Dalam pada itu, jenazah Mohamad Faizal yang dibawa dari rumahnya di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus selamat dikebumikan selepas solat fardu Zuhur.

    Jenazah lelaki obes setinggi 165 sentimeter itu diturunkan di dalam liang lahad dengan penakal menerusi bantuan sebuah jentolak. Kisah pemuda ini pernah menjadi bualan ramai.

    Ia apabila khidmat pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa dipanggil beberapa kali untuk membawanya ke HSNZ dengan menggunakan trak setelah memerlukan rawatan intensif. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Pemuda Obes 286 Kilogram Meninggal Sesak Nafas "