• Pemotong besi dituduh bunuh wanita di ladang sawit

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    KAMPAR: Seorang pemotong besi didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh seorang wanita di ladang kelapa sawit belakang Taman Permai di sini bulan lalu.

    R Kupusamy, 54, dituduh membunuh S Letchumi, 28, antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam pada 30 November lalu.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Oon Kork Chern di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

    Mahkamah kemudian menetapkan 30 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu keputusan asid deoksiribonukleik (DNA), laporan kimia dan bedah siasat terhadap mangsa sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pemotong besi dituduh bunuh wanita di ladang sawit "