• Pemindahan elektronik meningkat

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Pemindahan dana secara elektronik dianggarkan meningkat hampir lima kali ganda kepada 329 juta transaksi tahun ini, berbanding enam tahun lalu.

    Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding 66 juta transaksi yang dicatatkan pada 2011.

    "Anggaran 329 juta transaksi pindahan dana elektronik melepasi jumlah terbitan cek hampir tiga kali ganda," katanya ketika menyampaikan ucaptama Forum dan Pameran Sistem Pembayaran 2017 di sini, pagi ini.

    Muhammad berkata, menerusi langkah yang dilaksanakan BNM, jumlah penggunaan cek susut 42 peratus kepada 120 juta cek pada 2017 daripada 205 juta 2011.

    "Dengan penurunan ini, kami berkemungkinan besar mencapai sasaran Pelan Induk Kewangan kepada 100 juta cek pada 2019, setahun lebih awal," katanya.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pemindahan elektronik meningkat "