• Pemimpin Parti Komponen BN Tolak Formula Calon Langsung

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    Parti Rakyat Bersatu (UPP) mungkin antara parti yang lantang memperjuangkan calon langsung namun terdapat pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) sukar menerima langkah tersebut.

    Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing menyifatkan menampilkan calon langsung mewakili BN dilihat sebagai bukan langkah terbaik walaupun ia boleh menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan sarawakvoice.com, menurutnya, tidak terlintas dalam fikirannya untuk menampilkan calon langsung BN.

    Tambahnya, Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan memutuskan perkara berkenaan.

    “Saya yakin beliau akan memutuskan langkah terbaik menangani isu berkenaan dalam BN Sarawak terutama membabitkan kerusi yang dilobi Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),” katanya.

    Bagi penganalisis politik, Sibu, Lanang dan Miri adalah antara kerusi yang menjadi rebutan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan UPP.

    Jika ada perebutan sudah pasti akan berlaku sabotaj sehingga menyebabkan kesukaran kepada BN melakar kemenangan biarpun mempunyai peluang cerah.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Pemimpin Parti Komponen BN Tolak Formula Calon Langsung "