• Pemimpin Masyarakat Perlu Tunjuk Contoh Yang Baik

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    MARUDI:  Setiap pemimpin masyarakat termasuk mereka yang mengetuai jawatankuasa keselamatan dan pembangunan kampung (JKKK) harus menunjukkan contoh yang baik setelah diberi kepercayaaan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

    Menurutnya, semua pemimpin masyarakat tempatan sama ada dari kampung mahupun rumah panjang yang dipilih diharap memberi tumpuan dan juga khidmat mereka sepenuhnya dalam memastikan penduduk setempat mendapat kebaikan terutamanya di daerah dan kawasan masing-masing.

    Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata, individu yang telah dipilih sebagai pemimpin adalah merupakan individu yang boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

    “Kami tidak mahu mendengar aduan dimana ada segelintir dikalangan pemimpin yang terlibat dengan tingkah laku buruk antaranya mabuk bahkan ada juga terlibat dengan aktiviti sabung ayam.

    “Sekiranya terlibat ia akan memberikan contoh yang buruk dan bukan sahaja akan merosakkan reputasi malah ia akan menyebabkan kesukaran melaksanakan tanggunjawab sebagai pemimpin,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika majlis penutupan kursus kepemimpinan pemimpin masyarakat tempatan di Dewan Suarah Baram semalam.

    Mengulas lanjut, Penguang juga turut mengingatkan agar para pemimpin tempatan, terutamanya ketua JKKK, supaya mengkompilasi dan mengemaskini profil keluarga dalam komuniti masing-masing.- The Borneo Post
  • No Comment to " Pemimpin Masyarakat Perlu Tunjuk Contoh Yang Baik "