• Pemimpin Masyarakat Perlu Lebih Bertanggungjawab

    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+
    Melihat perkembangan politik Sarawak masa kini ternyata rakyat tidak mendapat maklumat secara menyeluruh apa dasar kerajaan yang telah diumumkan untuk kepentingan rakyat.

    Di mana silapnya dan kenapa perkara sedemikian masih berlaku sedangkan pada masa kini sesuatu maklumat bukan lagi sukar untuk diperolehi.

    Kita boleh melihat komen-komen di media masa, apa pun perancangan pembangunan kerajaan untuk kawasan akan di tuduh sebagai peraih undi untuk Barisan Nasional sedangkan wakil rakyat telah mengumumkan lebih awal dan sudah semestinya pemimpin masyarakat lebih mengetahui hal tersebut.

    Perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku kerana apa yang dirancang oleh kerajaan sentiasa dilakukan tanpa mengira waktu pilihanraya atau sebagainya.

    Ternyata peranan pemimpin masyarakat tidak menghebahkan dasar tersebut secara menyeluruh kepada rakyat.

    Bagi menangani masalah tersebut pemimpin masyarakat perlu memain peranan lebih proaktif dalam memastikan setiap dasar dan perancangan kerajaan akan disalur kepada rakyat dengan tepat.

    Jika pemimpin masyarakat terus bertanggungjawab, tidak mustahil rakyat akan lebih bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang hanya mahu meraih sokongan politik daripada rakyat. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Pemimpin Masyarakat Perlu Lebih Bertanggungjawab "