• Pemilik Tanah Akan Beruntung Jika Diusahakan

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+
    Kerajaan negeri melakukan berbagai dasar yang memberi manfaat kepada rakyat terutama berkaitan sosioekonomi yang akan meningkatkan pendapatan rakyat yang berbilang kaum.

    Kerajaan menegaskan akan turut memberi keutamaan kepada sektor pertanian dan penternakan. Kaedah moden yang mampu meningkatkan hasil diperkenal kepada rakyat dan menggesa rakyat merebut peluang terutama penduduk luar bandar yang memiliki tanah yang tidak diusahakan.

    Pelbagai bantuan dan latihan tawarkan agar petani dan penternak mengusaha tanah serta menguasai teknologi terkini yang akan meningkatkan hasil.

    Sebagai contoh, sektor penternakan diperkenalkan dengan teknologi ‘tagging’ dan permanian beradas (artificial insemination-AI) bagi meningkatkan pengeluaran ternakan. 

    Seperti yang dilaporkan Utusan Borneo, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah memberitahu, melalui teknologi berkenaan ia dapat melipatgandakan industri ternakan daging dan tenusu di negeri ini.

    Sektor pertanian pula kerajaan menyarankan teknologi seperti fertigasi yang melakukan kerja seperti penyiraman dan membaja secara otomatik.

    Sistem fertigasi akan menyelesaikan masalah pengeluaran makanan di bandar dan pinggir bandar yang kekurangan tanah selain menarik generasi muda menceburi bidang pertanian dan lebih menguntungkan.

    Bukan setakat itu sahaja, kerajaan menyediakan prasarana internet untuk menyokong petani dan penternak memasarkan hasil secara digital tanpa melalui orang tengah.

    Masih banyak lagi dasar dan kaedah kerajaan laksanakan untuk sektor pertanian dan penternakan. Semuanya untuk kepentingan rakyat supaya rakyat memperolehi pendapatan tinggi dan kadar kemiskinan dapat dikurangkan.

    Jika diteliti secara mendalam, betapa beruntungnya rakyat yang memiliki tanah jika terus mengusaha tanah mengikut saranan kerajaan.

    Tanah luas hanya menjadi hutan belukar dan tidak akan menghasilkan apa-apa kepada pemilik. Pokok pangkalnya pemilik harus bijak merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan yang hakikatnya selama ini benar-benar membantu rakyat dengan pelbagai kemudahan dan sokongan.

    Subjects:

  • No Comment to " Pemilik Tanah Akan Beruntung Jika Diusahakan "