• Pemilihan Jawatankuasa Ranting PBB Mula Buat Transformasi

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak ternyata menunjuk perubahan dalam pucuk kepimpinan di ketika pemilihan peringkat ranting.

    Ramai muka baru menjawat jawatan tertinggi dan ini menandakan pemilihan kali ini jelas membuktikan peringkat akar umbi mahukan perubahan bagi mentranformasi PBB untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke14 (PRU14) akan datang.

    Muka lama tidak dipinggirkan tetapi kemasukan muka baru dan muda memberi petanda PBB perlukan penstrukturan kepimpinan daripada anak muda yang lebih cergas dan ideal.

    Pemilihan kali ini memang berbeza dari sebelumnya. Ramai yang sebelum ini tidak menunjuk minat mula menawarkan diri. Golongan muda ternyata tidak mahu ketinggalan pada kali ini dan turut bertanding merebut jawatan.

    Transformasi tersebut menunjukkan PBB perlu berubahan besar-besaran dibeberapa peringkat dengan memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin parti. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Pemilihan Jawatankuasa Ranting PBB Mula Buat Transformasi "