• Pembunuh Bersiri Ugut Bunuh Diri Jika Mata Buta

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+


    SEORANG pembunuh bersiri wanita, Rose West yang dipenjarakan seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh 10 orang, bakal kehilangan penglihatan dan disebabkan itu, dia mengancam mahu membunuh diri jika menjadi buta.

    Wanita berusia 64 tahun ini dikatakan amat sedih selepas mengalami gangguan penglihatan atau glaucoma pada Julai lalu.

    “Sekarang pun sudah menjejaskan penglihatannya. Dia memakai cermin mata sepanjang masa. Dia beritahu orang bahawa dia akan membunuh diri jika buta,’’ kata sumber kepada Sunday Mirror.

    Rose telah disabit dengan kesalahan membunuh 10 wanita dan kanak-kanak pada 1995 di Gloucester. Dia melakukan pem,bunuhan itu di rumah teres yang dikongsi dengan suaminya Fred.

    Wanita itu dipercayai menyiksa mangsa dengan suaminya namun lelaki itu membunuh diri sebelum perbicaraan berolangsung.

    Semua mangsa telah diperkosa dan ditanam di kawasan rumah mereka.

    Bulan lepas, terdapat khabar angin bahawa dia menghidap penyakit misteri yang boleh membawa maut namun rupa-rupanya laporan itu tidak benar malah Rose masih sihat.

    Dia dikatakan menikmati hidup seperti kelas pertengahan dalam penjara dengan sel penjara sendiri lengkap dengan langsir di tingkap, mesin pembancuh kopi, TV dan radio.

    Disebabkan risiko dia diserang oleh banduan lain, Rose terpaksa dijaga oleh pengawal sepanjang masa. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pembunuh Bersiri Ugut Bunuh Diri Jika Mata Buta "