• Pemberi Rasuah Perlu Dihukum Setimpal Dengan Penerima

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+

    Pihak yang memberi rasuah tidak harus terlepas pandang daripada menerima hukuman setimpal sama seperti yang menerima rasuah.

    Ini kerana menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pemberi rasuah sering kali terlepas pandang daripada dikenakan hukuman melainkan mereka menerima ‘habuan’ yang memuaskan hati pemberi rasuah tersebut.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis ‘Millenials Empowerment Summit 2017’ (MES) di Hotel Seri Pacific. Turut hadir Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Reezal Merican.

    “Biarpun pendakwaan itu suatu yang baik, saya yakin SPRM melihat aspek pemberian rasuah yang sering terlepas pandang dan tak ramai yang beri rasuah dihukum.

    “Ada yang beri terima hukuman tapi jarang dengar perkara itu tapi yang memberi tak dapat pulangan dari apa yang diberikan, mereka akan buat laporan.

    “Tapi bukan itu masalahnya, sekarang kita harus lihat perseimbangan pemberi dan penerima. Penerima rasuah dikaitkan dengan pegawai dalam sektor awam atau pihak kerajaan.mereka didakwa lepas siasatan dibuat dan dihukum,” katanya pada program Millenials Empowerment Summit 2017 (MES) di Kuala Lumpur, Isnin.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan pelajar luar negara pada Majlis “Millenials Empowerment Summit 2017” (MES) di Hotel Seri Pacific

    Tambah Zahid, penyalahgunaan kuasa ini kebiasannya akan dikaitkan dengan pegawai kerajaan yang cuba melicinkan proses urusniaga pihak terbabit.

    “Kita mendokong cadangan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat dari keterlibatan sektor swasta badan korporat dan individu dan usahawan yang kononnya cuba untuk perlicinkan urusniaga, perolehan kerja yang ditawarkan jabatan dan agensi, mendahulukan sesuatu yang tak patut didahulukan, meletakkan suatu diatas tawaran harganya lebih tinggi.

    “Kita juga lihat hubungkait dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan pegawai setinggi-tingginya sehingga pencari fail.

    “Itu bukan hanya rosakkan sistem pentadbiran kerajaan malah mersoakakkan imej swasta,” jelasnya lagi.

    Justeru beliau meletakkan keyakinan kepada badan SPRM untuk bertanggungjawab dalam menurunkan penarafan Malaysia yang kini berada di kedudukan 55 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2016.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Pemberi Rasuah Perlu Dihukum Setimpal Dengan Penerima "