• Pembentukan Ais Paling Awal Di Sungai Han Seoul Sejak 1946

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    SEOUL -- Sungai Han di Seoul pada Jumaat mula menunjukkan pembentukan ais pertama untuk musim kali ini, 42 hari lebih awal berbanding musim sejuk yang lalu, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

    Menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), pembentukan ais itu 29 hari lebih awal daripada purata.

    Ia sekaligus menandakan pembentukan ais paling awal di sungai berkenaan sejak 12 Dis 1946.

    Sehingga jam 7.40 pagi, suhu mencecah paras di bawah 7.5 darjah Celcius di Seoul.

    Sejak pemerhatian pembentukan ais di sungai itu bermula pada 1906, pembentukan ais terawal dicatatkan pada 4 Disember 1934, dan yang terakhir pada 13 Februari 1964.

    Sementara itu, terdapat tujuh kali tiada pembentukan ais berlaku diperhatikan dan yang paling terbaharu pada 2006.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pembentukan Ais Paling Awal Di Sungai Han Seoul Sejak 1946 "