• Pembangunan Sarawak Ibarat Membuat Kek - Abang Johari

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg memberi gambaran pembangunan negeri Sarawak kini umpama membuat kek.

    "Pembangunan negeri ibarat membuat kek, jika acuan dan adunannya betul, maka kek itu akan sedap dan orang akan makan, tetapi jika sebaliknya, orang tidak akan makan,” ujarnya dipetik Utusan Borneo

    Beliau merujuk kepada pembangunan Sarawak yang dilaksanakan meliputi aspek fizikal, ekonomi, sosial.

    Abang Johari turut mendedahkan kerajaan negeri mempunyai perancangan yang tersendiri untuk memajukan Sarawak pada masa akan datang.

    Beliau yakin pembangunan negeri akan terus terlaksana mengikut perancangan yang dirangka oleh kerajaan negeri. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pembangunan Sarawak Ibarat Membuat Kek - Abang Johari "