• Pembangunan Di Marudi Dilaksana Secara Berperingkat - Penguang

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datu Dr Penguang Manggil meminta rakyat di kawasannya agar memberi peluang kepadanya untuk menyelesaikan isu dan membawa pembangunan ke kawasan mereka secara berperingkat.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Penguang berkata, ini kerana beliau baru sahaja menjadi wakil rakyat mereka sejak menang pilihan raya negeri yang lepas.

    “Dalam tempoh singkat itu saya berusaha melakukan yang terbaik membawa masuk pelbagai pembangunan seperti projek pembinaan Tebingan Baram dan bentengnya, memperbaiki semula Jalan Miri-Marudi dan seterusnya projek bekalan air di kawasan Beluru dan banyak lagi," katanya.

    Disamping itu, kerjasama rakyat juga amat penting untuk memastikan pembangunan yang diberikan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

    Tambahnya lagi, bekenaan isu penduduk di Sungai Peking yang menghadapi masalah kerosakan jalan ,tidak ada bekalan air bersih dan elektrik, beliau berkata usaha sedang dilakukan untuk memperbaiki semua masalah tersebut satu persatu. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pembangunan Di Marudi Dilaksana Secara Berperingkat - Penguang "