• Pembangkang Tidak Tetap Pendirian

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata satu perkara yang sangat konsisten mengenai pembangkang adalah mereka sebenarnya tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan.

    Presiden UMNO berkata, pembangkang sering membuat pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

    Katanya, contohnya dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), pihak pembangkang sampai hari ini, masih tidak sepakat mengenai keputusan menerima sistem cukai itu.

    "Ada yang kata GST diterima tapi sifar cukai dan terbaru, Lim Guan Eng pula mintak separuh-separuh diberi kepada Kerajaan Pulau Pinang.

    "Ada pulak pendapat, nak kembali kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), " katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Putra (PWTC) di sini, hari ini.

    Najib berkata, hakikatnya GST menjadi penyelamat ekonomi kerana , kerana tanpa kutipan GST RM41 bilion, bagaimana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.

    Beliau berkata, satu lagi pembohongan pembangkang adalah mengenai pemansuhan tol yang diputuskan dalam Bajet 2018.

    Katanya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersetuju memansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

    "Malangnya, usaha murni kita ini sekali lagi dipesong oleh pembangkang, yang mendakwa, pemansuhan tol ini menambahkan beban rakyat. Pulak dah, satu lagi pembohongan. "Sedangkan dulu, bukankah Mahathir itu 'Bapa-Segala-Tol'," katanya.

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Tidak Tetap Pendirian "