• Pembangkang Masih Keliru Calon PM

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP dilihat masih bergelut untuk menamakan calon Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata kekeliruan dalam isu calon jawatan nombor satu negara itu dilihat semakin meruncing apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pemimpin paling dominan dalam gabungan pembangkang.

    Bagaimanapun, Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pada masa sama, pemimpin DAP sering membuat pengumuman dasar bagi pihak gabungan pakatan pembangkang.

    "Nama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri tetapi individu lain yang akan mengisi jawatan Perdana Menteri sementara kerana beliau masih menjalani hukuman penjara," katanya menerusi entri terbaharu di blognya, sskeruak.blogspot.my malam tadi.

    Beliau merujuk kenyataan gabungan pembangkang yang akan mengumumkan calon Perdana Menteri sementara mereka pada bulan depan.

    Salleh berkata, belum pernah ada gabungan parti yang begitu keliru mengenai calon yang akan diletakkan sebagai Perdana Menteri bayangan.

    "Sepatutnya sekarang ini mereka juga sudah mempunyai Kabinet bayangan penuh. Tapi, pakatan (pembangkang) masih tidak mampu melakukan perkara mudah seperti ini," katanya. - BH Online 

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Masih Keliru Calon PM "