• Pemandu Lori Mati Tersepit

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Pemandu lori berusia 38 tahun maut akibat tersepit dalam kemalangan di Kilometer 27, Jalan Muar-Yong Peng, 2 petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan berlaku apabila Sim Kian Chun memberhentikan kenderaan di lampu isyarat berhampiran Balai Polis Parit Sulong sebelum sebuah lagi kenderaan melanggar belakang lori.

    "Kemalangan membabitkan empat kenderaan itu menyebabkan mangsa tersepit di antara dua kenderaan,” katanya.

    Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk dibedah siasat.

    “Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pemandu Lori Mati Tersepit "