• Pemandu Cedera Ringan, Langgar Lori Muatan Kelapa Sawit

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+
    SIBU: Seorang pemandu lelaki berusia 24 tahun mengalami kecederaan ringan di dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah lori di Jalan Teku Lama, berhampiran Klinik 1 Malaysia, di sini tengahari tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang mengalami masalah brek lalu melanggar sebuah lagi lori di bahagian belakang yang membawa muatan kelapa sawit.

    “Didapati seorang mangsa lelaki dewasa terperangkap di dalam lori yang melanggar dari bahagian belakang,” katanya.

    Bagaimanapun, pihak bomba bertindak menggunakan peralatan penyelamat dan mangsa telah berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan ringan.

    Mangsa diberi rawatan awal dan di hantar ke hospital oleh unit EMRS untuk tindakan selanjutnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Pemandu Cedera Ringan, Langgar Lori Muatan Kelapa Sawit "