• Pemandu Cedera, Kancil Terbabas Hilang Kawalan

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+
    SIBU: Berpantang maut sebelum ajal, itulah yang berlaku pada seorang pemandu kereta Produa Kancil apabila terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

    Dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, mangsa Mohammad Basry Abdullah, 40 hanya mengalami kecederaan setelah kenderaan yang dipandu hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik ke pembahagi jalan.

    Menurut jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya telah menggerakkan asset dan keanggotaan sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian tersebut.

    “Seorang mangsa lelaki dewasa yang memandu kereta jenis perodua Kancil mengalami kecederaan dan selamat dikeluarkan orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu.

    “Mangsa telah di bawa oleh ambulan ke hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pemandu Cedera, Kancil Terbabas Hilang Kawalan "