• Pelantikan Rakyat Sarawak Sebagai Pengarah Kastam Bukti Kemampuan Sarawak

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Pelantikan Datin Sharifah Haliman Tuanku Taha sebagai Pengarah Kastam Negeri Sarawak, membuktikan rakyat negeri ini mampu memikul tanggungjawab tinggi.

    "Terdapat ramai rakyat Sarawak yang berbakat, berpendidikan tinggi serta golongan professional yang berkerja di luar seperti doktor, pegawai bank dan saintis.

    "Ia menunjukkan bahawa rakyat Sarawak mampu bergerak setanding rakyat Malaysia yang lain," kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Teks beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh.

    Menurutnya, Sarawak tidak boleh berkembang pada kadar biasa kerana perlu mengejar negeri maju lain.

    "Kita tidak akan dapat bersaing dengan orang lain jika kita menjalankan perniagaan seperti biasa," ujarnya.

    Jelas beliau, dunia perniagan kini adalah dunia luar biasa kerana sedang beralih dari era ekonomi konvensional kepada era ekonomi digital.

    "Kita mahu ekonomi Sarawak dipacu oleh teknologi digital," jelasnya.

    Katanya, ekonomi digital pasti akan melihat peningkatan aktiviti e-dagang bukan sahaja di Sarawak tetapi dengan orang di luar Sarawak dan kerajaan negeri telah meluluskan Ordinan Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu bagi menyediakan rangka kerja pengawal seliaan aktiviti ekonomi digital.

    "Kita (Sarawak) adalah satu-satunya dan merupakan negeri pertama yang melakukan perkara ini yang juga meliputi aspek keselamatan siber di Malaysia," kata Abang Johari. - Sarawakiana



  • No Comment to " Pelantikan Rakyat Sarawak Sebagai Pengarah Kastam Bukti Kemampuan Sarawak "