• Pekerja Kilang Warganegara Indonesia Dikhuatiri Lemas Di Bintulu

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+
    BINTULU, 21 Dis (Bernama) -- Seorang pekerja warganegara Indonesia dikhuatiri lemas apabila terjatuh ke dalam sungai di Samalaju pagi ini.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hata Gobel berkata lelaki itu yang dikenali sebagai Aang Diapri, 18, pekerja sebuah kilang di kawasan perindustrian Kidurong, pergi ke sungai itu bersama rakannya untuk menangkap ikan.

    Bagaimanapun, ketika dia hendak membasuh kaki di tepi sungai, mangsa tiba-tiba tergelincir lalu tenggelam dan terus dihanyutkan arus deras, katanya.

    Beliau berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 9.45 pagi dan setakat ini operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan dengan menggunakan bot.-- BERNAMA
  • No Comment to " Pekerja Kilang Warganegara Indonesia Dikhuatiri Lemas Di Bintulu "