• Pekerja Dipecat Kerana Mengandung

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+


    BEIJING - CHINA. Seorang wanita yang dipecat kerana mengandung akhirnya mendapat keadilan dalam perbicaraan di mahkamah, semalam.

    Menurut SCMP, kes tersebut disiasat atas akta diskriminasi tempat kerja.

    Kes berkenaan merupakan kes kelas pertama yang dibawa oleh seorang pekerja wanita.

    Berdasarkan undang-undang China, majikan tidak boleh memecat pekerja yang sedang mengandung atau menyusu.

    Mangsa yang hanya dinelani sebagai Xiaowei telah memfailkan kes berkenaan bersama-sama dua lagi pekerja yang dipecat kerana mengandung dan melahirkan anak.

    Fakta kes mengatakan kesemua mangsa diminta menandatangani dokumen persetujuan pemotongan gaji walaupun pekerja lain menerima kenaikan.

    Dalam usaha memecat mangsa, majikan terbabit, China Railway Corporation memadam emel mereka, mambatalkan pas pekerja dan membuang barangan peribadi mereka di luar pejabat Disember lepas.

    Ketiga-tiga mangsa dipecat secara rasmi Januari lepas dengan alasan 'tidak hadir kerja tanpa alasan kukuh'.

    Mahkamah memerintahkan majikan terlibat supaya membayar AS$1,500 (RM6,000) kepada Xiaowei.

    Kes berkenaan dua lagi pekerja yang terbabit masih dalam penghakiman. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Pekerja Dipecat Kerana Mengandung "