• PEKEMA Sarawak Terima Anugerah Penyumbang Duti Import Tertinggi

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak memenangi Anugerah Penyumbang Duti Import Tertinggi pada Malam Penghargaan 2017 anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) di sini, malam tadi.

    Anugerah Hub Logistik Terbaik pula disandang Bintulu Port Sdn Bhd.

    Hotel Imperial Miri meraih Anugerah Penyumbang Tertinggi Cukai Pelancongan, Bytechnologies Sdn Bhd (Anugerah Penyumbang GST Sektor IT) dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (Anugerah Penyumbang GST Sektor Pembinaan).

    Anugerah GST Sektor Perladangan dimenangi Golden Palm Harvest Sdn Bhd, Murum Hydro Power Generation Sdn Bhd (Anugerah Sektor Kejuruteraan Pembinaan dan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak (SALCRA) menerima Anugerah Sektor Pertanian.

    Dewan Bandaraya Miri menerima Anugerah Sektor Perbandaran Harbour-Link Marin Services Sdn.Bhd (Anugerah Sektor Perkapalan), Dayang Enterprise Sdn Bhd (Anugerah Sektor Perkhidmatn Kejuruteraan dan Syarikat SESCO Berhad (Anugerah Sektor Utiliti).

    Majlis turut dihadiri Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.-Sarawakiana









  • No Comment to " PEKEMA Sarawak Terima Anugerah Penyumbang Duti Import Tertinggi "