• Pegawai Diplomat Britain Di Lubnan Mati Dicekik

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+


    BEIRUT: Seorang pegawai kedutaan Britain di Lubnan ditemukan mati di tepi jalan oleh pihak berkuasa di negara terbabit pada Ahad.

    Hasil siasatan mendapati, terdapat kesan tali pada leher mangsa Rebecca Dykes, 30, dipercayai akibat dijerut menyebabkan mangsa mati tercekik.

    Bagaimanapun, pihak penyiasat tidak menolak kemungkinan mangsa diserang secara seksual oleh suspek.

    Kematian mengejut itu disahkan pejabat luar Britain di London.

    Dalam satu kenyataan, keluarga mangsa meminta agar pihak media menghormati privasi mereka buat masa ini. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Pegawai Diplomat Britain Di Lubnan Mati Dicekik "