• Pecat Jurulatih, Ganti Dengan Jurulatih Yang Dipecat

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+


    BERLIN: Borussia Dortmund hari ini memecat jurulatih, Peter Bosz dan segera menggantikannya dengan Peter Stoeger, yang juga baru dipecat oleh bekas pasukannya, Cologne minggu lalu ekoran kegagalan mereka mencatat kemenangan dalam saingan Bundesliga musim ini.

    Bosz, 54, yang membimbing Dortmund sejak enam bulan lalu disingkirkan hanya sehari selepas pasukan itu diejek oleh penyokong kerana kekalahan 1-2 kepada Werder Bremen, sekali gus menyebabkan mereka mengharungi perlawanan tanpa kemenangan sejak hujung September lalu.

    “Kami membuat keputusan petang semalam dalam perbualan dengan Peter Bosz. Dia harus pergi serta merta.

    “Dia agak beremosi tetapi tenang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke dalam satu sidang akhbar hari ini.

    Stoeger, 51, kemudian diperkenalkan kepada media sebagai pengurus baharu pasukan.

    “Saya sangat gembira dibenarkan menjadi jurulatih pasukan ini, di sini ini,” kata Stoeger, yang gagal mencatat kemenangan dalam 14 perlawanan bersama Cologne, musim ini.- REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Pecat Jurulatih, Ganti Dengan Jurulatih Yang Dipecat "