• PDRM Akan Berhubung Dengan Pihak Berkuasa Pakistan

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berhubung dengan pihak berkuasa Pakistan bagi mendapatkan maklumat berhubung penahanan seorang rakyat Malaysia yang dipercayai cuba menyeludup keluar senjata api dari negara itu Sabtu lalu.

    Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan berhubung dengan pihak berkuasa Pakistan untuk mengetahui kegiatan lelaki berkenaan di negara itu.

    “Kita akan berhubung dan meminta pihak berkuasa Pakistan untuk berkongsi maklumat yang diperoleh kerana kita perlu tahu lelaki itu terlibat dalam kegiatan apa di negara itu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-pegawai Kanan Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini sebentar tadi.

    Noor Rashid berkata, lelaki itu berkemungkinan terlibat dalam kumpulan ekstremis atau Daesh.

    “Kita juga perlu mengetahui tujuan lelaki itu mahu menyeludup keluar senjata api dari Pakistan apabila mahu pulang ke negara ini,” katanya. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PDRM Akan Berhubung Dengan Pihak Berkuasa Pakistan "