• PBB Tidak Perlukan Pemimpin Yang Hanya Nak Penuhkan Poket

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 17 December 2017
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) sejak dari awal penubuhan sering melahirkan pemimpin yang berjiwa rakyat serta membawa pembangunan kepada rakyat.

    ADUN Asajaya Datuk Karim Rahman Hamzah berkata, PBB masih utuh memandangkan ia adalah parti yang berbilang kaum serta mengamalkan toleransi antara kaum dalam parti.

    "Sejarah penubuhan PBB itu sendiri membuktikan penyertaan berbilang kaum di Sarawak menyebabkan PBB semakin kukuh di arena politik Malaysia.

    "Ini kerana pemimpin terdahulu sehingga kini tetap meneruskan kepimpinan berbagai kaum dalam PBB menguatkan parti ini semakin diterima rakyat, " katanya ketika merasmikan Mesyuarat Pemilihan PBB Cawangan Muara Tuang pagi tadi.

    Tegasnya, jika ada pemimpin yang tidak berjiwa rakyat dan hanya mahu penuhkan poket sendiri adalah lebih batalkan niat hendak menjadi pemimpin.

    "Pemimpin sebegini akan merosakkan parti dan menyebabkan rakyat akan kehilangan keyakinan terhadap parti.

    "Seorang pemimpin perlu ada sikap berjiwa rakyat justeru akan terus meningkatkan prestasi parti supaya rakyat terus kekal menyokong parti PBB sebagai tunjang utama pemerintahan negeri," tambahnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " PBB Tidak Perlukan Pemimpin Yang Hanya Nak Penuhkan Poket "