• PBB Ranting Di Telang Usan Digesa Terus Tambah Ahli

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Telang Usan Dennnis Ngau menggesa semua sembilan ranting untuk mengemaskini senarai dan menambah bilangan ahli untuk menguatkan parti.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan berkata, adalah penting untuk mendampingi rakyat sekaligus menjalinkan hubungan dengan parti.

    Menurutnya, menjadi keutamaan untuk mengukuhkan parti dan Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut memandangkan kawasan itu ketinggalan dalam pelbagai aspek.

    "Telang Usan merupakan kawasan besar, saya pasti ada pihak merasakan dan berfikir mereka ketinggalan selain dipinggirkan namun parti sentiasa berusaha untuk memberi kehidupan lebih baik kepada rakyat.

    "Perasaan dipinggirkan menjadikan mereka mudah didekati pembangkang untuk menentang kerajaan. Adalah penting untuk merapatkan diri dengan kerajaan demi perubahan, pembangunan dan kemajuan rakyat dan Baram keseluruhannya," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Ranting di bawah PBB Cawangan Telang Usan merangkumi Long Miri, Pana Lemeting, Akah-Patah Hilir, Akah Patah Hulu, San Hilir, San Hulu, Long Lama Hulu, Long Lama Hilir dan Apoh.

    Pada masa sama, Dennis berharap ahli parti dapat merekrut lebih individu terutama golongan profesional dan berpendidikan tinggi.

    Beliau mendedahkan, buat masa ini PBB Telang Usan mempunyai 5,400 ahli dengan sasaran 6,000 ahli menjelang tahun depan.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " PBB Ranting Di Telang Usan Digesa Terus Tambah Ahli "