• PBB Machan Syor Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Tidak Dipertandingkan

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    Selepas beberapa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan meluluskan resolusi supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada Perhimpunan Agung PBB akan datang, PBB Cawangan Machan juga mengambil tindakan sama.

    Menurut Penasihat PBB Machan, Datuk Gramong Juna berkata, resolusi pertama yang diluluskan semasa Mesyuarat Agung Perwakilan PBB Machan adalah menyokong penuh kepimpinan tertinggi parti dan jawatan presiden serta dua jawatan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

    Resolusi kedua yang diluluskan katanya membabitkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang memasukkan daerah Kanowit sebagai sebahagian daripada Agensi Kemajuan Hulu Rajang (URDA).

    "Ia adalah perancangan dan pelaksanaan ekonomi lestari serta komprehensif selain pembangunan infrastruktur dan sosial untuk manfaat rakyat.

    "Resolusi ketika adalah cawangan ini menyokong penuh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam rundingan dengan kerajaan persekutuan membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Gramong yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBB berkata, resolusi keempat adalah menyokong penuh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam menyelesaikan isu membabaitkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " PBB Machan Syor Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Tidak Dipertandingkan "