• PBB Fokus Tingkat Taraf Hidup Rakyat

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+

    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus mengetengahkan agenda utama mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat khususnya di luar bandar.

    Memetik laporn Utusan Borneo, Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, walaupun pemimpin silih berganti namun sejak awal penubuhan parti, PBB sentiasa fokus kepada usaha menambah-baik kehidupan rakyat.

    Namun begitu, tiada istilah berebut kuasa atau bergaduh sesama sendiri dalam PBB.

    Jelas beliau, fokus PBB tetap satu iaitu memperbaiki kualiti hidup rakyat serta mencari jalan supaya rakyat lebih senang dan menikmati kemakmuran negara.

    "Orang menuduh saya bermacam macam menggunakan telefon pintar. Mereka bermain kasar. Melontarkan macam macam kata nista kepada saya," ujarnya. -Sarawakiana
  • No Comment to " PBB Fokus Tingkat Taraf Hidup Rakyat "