• PBB Batu Kawah Mahu Tambahan Jawatan Timbalan Perdana Menteri

    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    Mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri tambahan bagi pemimpin bukan Umno sama ada dari Sarawak atau Sabah antara usul yang dibawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Kawah untuk dipertimbangkan.

    Memetik laporan The Borneo Post, Pengerusinya Dato Ahmad Ibrahim berkata, Barisan Nasional (BN) diharapkan mempertimbangkan tambahan satu atau dua jawatan Timbalan Perdana Menteri khas untuk pemimpin bukan Umno.

    "Salah satu jawatan ini (TPM) untuk pemimpin dari Sarawak," katanya.

    Malah menurutnya, PBB perlu diberikan jawatan TPM kerana mempunyai bilangan kerusi parlimen kedua terbesar selepas Umno.

    "Kita akan ketengahkan (mewujudkan jawatan TPM tambahan) dalam mesyuarat pertama cawangan pada 2 Januari tahun depan dan ditambah permohonan resolusi cawangan.

    "Kita akan utarakan cadangan ini kepada kepimpinan tertinggi PBB untuk pertimbangan," ujarnya.

    Selain itu jelasnya, PBB juga menyatakan sokongan padu supaya jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden kanan tidak ditandingi pada Konvensyen PBB akan datang.-Sarawakiana







    Subjects:

  • No Comment to " PBB Batu Kawah Mahu Tambahan Jawatan Timbalan Perdana Menteri "