• PBB Amalkan Disiplin Tinggi

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+

    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memang diakui sentiasa memberi keutamaan kepada pemantapan disiplin sekaligus membolehkan setiap peralihan kuasa berjalan lancar.

    Ketua Menteri yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kepimpinan generasi kedua parti tersebut turut mendapat manfaat menerusi latihan dan pendedahan yang diberikan selama ini.

    "Saya melihat Timbalan Ketua Menteri yang juga Pemangku Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan tidak lagi menjadi pemangku selepas pemilihan parti," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya, peralihan kuasa yang lancar dari Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kepada Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dan kemudian kepada beliau menunjukkan disiplin dalam PBB sejak 1970.

    Dalam perkembangan lain, beliau mengumumkan Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habobollah dan Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi masing-masing.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " PBB Amalkan Disiplin Tinggi "