• Pasangan cuba jual bayi di web dibebaskan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    Seorang pemuda dan teman wanitanya yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes penjualan bayi kembar mereka dalam laman web jual beli dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kedua bayi kembar telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dipelihara sementara kes tersebut disiasat.

    “Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001 yang menetapkan mana-mana orang terbabit dalam pemerdagangan kanak-kanak, melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    “Kedua-dua suspek yang berumur 20 dan 18 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Setapak dan Ampang.

    “Mereka dipercayai mengiklankan bayi kembar mereka yang berusia empat bulan untuk dijual dengan harga RM15,000 di sebuah laman web jual beli pada Jumaat lalu,” ujarnya.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Pasangan cuba jual bayi di web dibebaskan "