• Parlimen Miri Penentu Nasib PKR Sarawak

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    Nampak gayanya PKR Sarawak hanya menaruh harapan tinggi kepada Parlimen Miri yang merupakan kerusi milik pembangkang sebagai menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan di peringkat negeri pada pilihanraya umum (PRU) akan datang

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak See Chee How berkata, PKR menaruh harapan tinggi terhadap kerusi Miri yang disandang Dr Teo ketika ini untuk terus kekal sebagai milik PKR.

    Ini kerana menurutnya, ia bakal menjadi penentu masa depan pembangkang pada masa akan datang yang mahu menyaksikan perubahan dalam pemerintahan negara.

    “Saya berharap pengundi di Miri akan tampil dan membantu PKR dan PH bagi memastikan parti ini memenangi kerusi Parlimen Miri, kekal milik pembangkang seterusnya menyumbang kepada kemenangan PH," katanya.

    Walabagaimanapun, See menambah, pada PRU kali ini keadaan amat kritial untuk PH dan PKR meraih undi di kalangan rakyat Sarawak. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen Miri Penentu Nasib PKR Sarawak "