• Parah Dikelar Penyamun

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Pekerja pembersihan parah selepas dikelar di leher dan bahu oleh dua lelaki yang menyamun rantai lehernya di Flat Desa Mentari 2, Petaling Jaya, semalam.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan sebuah pusat perubatan di Subang Jaya memaklumkan mereka menerima pesakit yang cedera akibat disamun, pada 5 pagi.

    Katanya, siasatan mendapati mangsa lelaki berusia 40 tahun cedera di leher dan bahu akibat dikelar oleh penjenayah.

    “Hasil keterangan mangsa mendapati dia disamun oleh dua lelaki sewaktu menunggu lif kira-kira 4 pagi.

    "Suspek menyerang mangsa dari arah belakang sebelum mengelar leher dan bahu mangsa.

    "Mereka kemudian merampas rantai emas milik mangsa sebelum melarikan diri," katanya semalam.

    Menurutnya, mangsa turut mendakwa mengenali dua suspek terbabit yang dikenali sebagai Ravi dan Tamil Aresen.

    "Usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika melakukan samun," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Parah Dikelar Penyamun "