• Pantai Australia Guna Dron Kesan Jerung

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    SYDNEY - AUSTRALIA. Dron berteknologi tinggi bakal digunakan di puluhan pantai Australia pada musim panas ini untuk mengesan pemangsa bawah air, sekali gus menyelamatkan perenang dan peluncur dengan lebih pantas berbanding penyelamat biasa.

    Perisian itu boleh membezakan antara hidupan laut seperti jerung, 90 peratus lebih tepat berbanding kira-kira 16 peratus dengan menggunakan mata kasar.

    "Ia boleh mengenal pasti 16 objek berbeza seperti jerung, ikan paus, ikan lumba-lumba, peluncur, pelbagai jenis bot dan banyak lagi objek lain.

    "Jika jerung dikesan, perenang dan pelayar akan dimaklumkan dalam masa nyata. Jadi, kami boleh bawa mereka kembali ke pantai. Kami cuba menjadikan aktiviti rekreasi pantai lebih selamat," kata pereka perisian, Nabin Sharma dari Universiti Teknologi Sydney. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pantai Australia Guna Dron Kesan Jerung "