• Pandikar Tidak Perlu Ajar Rakyat Sarawak - Fadillah

    Published: Friday, 1 December 2017
    A- A+
    Perjuangan MA63 Abang Jo Adalah Perjuangan Rakyat Sarawak

    Perjuangan YAB Ketua Menteri Sarawak adalah berdasarkan kemahuan dan kepentingan rakyat Sarawak. Ianya juga berlandaskan kepada penyelidikan, lunas perlembagaan, perundangan Malaysia dan di atas semangat di sebalik pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia (MA63)

    YAB Perdana Menteri juga bersetuju untuk melihat perkara ini dan bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa bersama bagi membincangkan lebih lanjut berhubung perkara ini. Ini adalah perkembangan yang positif dan kita menyambut baik saranan oleh YAB Perdana Menteri supaya perkara ini dibawa ke meja rundingan.

    Sebagai rakyat Malaysia pribumi Sabah, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pendikar Amin Mulia ada hak untuk mengemukakan pandangan peribadi beliau, akan tetapi beliau tidak ada keperluan untuk menilai dan mengajar rakyat Sarawak, apa lagi mencabar YAB Ketua Menteri Sarawak untuk berdebat mengenai MA63. Tambahan lagi beliau bukanlah individu yang ditauliahkan atau dberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan perkara ini.

    Pemuda Barisan Nasional (BN)Sarawak dan seluruh rakyat Sarawak mempunyai pandangan yang sama dengan YAB Ketua Menteri Sarawak kami dan sentiasa menyokong penuh usaha beliau dalam rundingan untuk mengembalikan hak Sarawak seperti termaktub dalam semangat pembentukan Malaysia melalui MA63.

    Kami percaya atas semangat Barisan Nasional perkara ini akan dapat diselesaikan bersama secara permuafakatan oleh kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak dengan YAB Perdana Menteri.

    Dato’ Sri Fadillah Yusof,
    Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak
    1 Dec 2017

    Subjects:

  • 1 comment to ''Pandikar Tidak Perlu Ajar Rakyat Sarawak - Fadillah"

    ADD COMMENT
    1. Orang yang mendapat tempat malam ini di TV1 adalah Pandikar, kenapa tak panggil beberapa orang yang arif tentang MA63?

      ReplyDelete