• Pan Borneo, Antara Manifesto BN Pada PRU13 Yang Dilaksanakan

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+
    Meraih sokongan politik, membuat janji adalah perkara biasa bagi parti politik Malaysia baik dari pihak kerajaan mahupun parti pembangkang. Janji-janji tersebut akan dikenali sebagai manifesto dan mencatat beberapa perancangan yang akan dilakukan untuk kesejahteraan rakyat.

    Rakyat akan menilai sendiri pihak mana yang lebih meyakinkan untuk benar-benar menunaikan janji yang berdasarkan manifesto masing-masing.

    Sebelum Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu, iaitu pada 6 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sambil disaksikan Tun Abdul Taib Mahmud yang ketika itu sebagai Ketua Menteri Sarawak dan beberapa pemimpin lain melancarkan manifesto Barisan Nasional.

    Antara kandungan menarik menifesto yang diumumkan ketika itu ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang dianggarkan menalan kos sebanyak RM16 bilion, projek tersebut yang dijangka siap pada 2022 merupakan projek termahal dalam keseluruhan manifesto yang dijadikan akujanji pemimpin negara untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

    Orang yang penting bersama Najib merangka manifesto tersebut adalah Tun Abdul Taib yang pada waktu itu mahu kerajaan pusat lebih fokuskan pembangunan Sarawak. Tun Taib percaya kepimpinan Najib mampu merubah pembangunan Sarawak ke tahap lebih baik.

    Bukan setakat itu sahaja, Najib belajar daripada kesilapan pemimpin terdahulu yang menyerahkan pembinaan lebuhraya sebagai inisiatif pihak swasta. Akibatnya rakyat dikenakan tol untuk menggunakannya.

    Najib tidak mahu isu tol berulang kepada Sarawak dan Sabah apabila Pan Borneo siap kelak.

    Justeru, antara keputusan yang mengembirakan hasil rundingan Najib bersama Tun Taib ketika itu apabila kerajaan pusat mengumumkan akan membiayai projek tersebut seratus peratus. Sekaligus menjadikan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,300 kilometer bebas tol.

    Hakikatnya, setiap janji dalam manifesto BN PRU13 sudah tertunai hari ini dan hanya menunggu ia siap sepenuhnya dan akan memberi begitu banyak faedah kepada rakyat pada masa hadapan. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Pan Borneo, Antara Manifesto BN Pada PRU13 Yang Dilaksanakan "