• Palestin bawa isu ke Perhimpunan Agung PBB jika UNSC gagal

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+
    DUBAI 18 Dis. - Kepimpinan Palestin akan membawa isu Baitulmuqaddis ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jika Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan status Baitulmuqaddis gagal diselesaikan.

    Duta Palestin di PBB, Riyad Mansour memaklumkan perkara itu menjelang pengundian membatalkan pengiktirafan AS terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel yang diadakan hari ini.

    Kata beliau, Palestin dan Mesir telah bekerjasama rapat dengan anggota UNSC ketika merangka resolusi itu bagi memastikannya mendapat sokongan penuh. - REUTERS/Utusan


    Subjects:

  • No Comment to " Palestin bawa isu ke Perhimpunan Agung PBB jika UNSC gagal "