• Pakar Dapat Besarkan Kemaluan Lelaki Dalam Sejam

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+


    SEORANG pakar pembedahan kosmetik Australia mendakwa dapat membesarkan kemaluan lelaki tanpa rasa sakit, dalam prosedur pembesaran yang mengambil masa hanya sejam.

    Dr Jayson Oates berkata, prosedur itu boleh dilakukan di klinik-klinik di Sydney dan Perth.

    Prosedur yang dikenali sebagai Calibre itu, menggunakan alat yang digunakan untuk membuang kedutan di muka.

    Setakat ini lebih 300 lelaki mengunjungi klinik Dr Oates di Calibre Clinik sepanjang tempoh empat tahun lalu, semata-mata untuk menjalani prosedur yang didakwa dapat membesarkan kemaluan lelaki lebih seinci.

    Jumlah lelaki yang menjalani prosedur itu dikatakan semakin bertambah.

    “Wanita bimbang dengan saiz payudara mereka manakala lelaki pula bimbang dengan kemaluan mereka,” katanya yang menambah bahawa kliniknya semakin sibuk menjelang perayaan Krismas.

    Dr Oates berkata, dia pernah bertemu dengan pesakitnya dan lelaki itu berasa lebih yakin setiap kali ke pantai.

    “Dia kini ada pakej yang boleh dibanggakan,” katanya,

    Kebiasaannya, kata Dr. Oates, lelaki berusia antara 20 ke 30-an akan datang ke kliniknya untuk menjalani prosedur terbabit namun baru-baru ini mengejutkan apabila lelaki tua berusia 83 tahun datang ke kliniknya.

    Isteri lelaki itu, telah meninggal dunia jadi dia mahu mencari wanita lain,” katanya. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Pakar Dapat Besarkan Kemaluan Lelaki Dalam Sejam "