• Ops Cantas banteras kongsi gelap

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU: Seramai 31 individu ditahan dalam 21 serbuan di beberapa premis pusat hiburan seluruh Johor menerusi Ops Cantas Khas bagi membanteras kegiatan kumpulan kongsi gelap.

    Dalam satu kenyataan media dalam laman Facebook rasmi Polis Johor berkata, operasi bermula jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi tadi.

    "Sasaran utama operasi ialah premis atau pusat hiburan yang menjadi tempat berkumpul ahli kongsi gelap, membanteras dan mengekang serta melumpuhkan kegiatan jenayah kekerasan, jalanan serta sindiket.

    "Dalam operasi itu, polis melakukan 21 serbuan dan 257 orang diperiksa. Daripada jumlah itu, 31 orang ditahan atas pelbagai kesalahan," kata kenyataan itu.

    Satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, pagi ini.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Ops Cantas banteras kongsi gelap "