• Nogeh Mahu Lebih Ramai Belia Mas Gading Jadi Usahawan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+
    Foto The BorneoPost
    Kerajaan amat menggalakkan belia terlibat dalam bidang keusahawanan memandangkan kebanyakan negera kini bergerak daripada bidang pengurusan kepada ekonomi keusahawanan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, belia di Mas Gading juga harus memikirkan untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya kerana keusahawanan mempunyai banyak potensi yang dapat menjamin masa depan.

    “Usahawan bukan pencari kerja tetapi pencipta kerja, mewujudkan produk dan perkhidmatan.

    “Inilah yang harus dilakukan oleh para belia termasuk di Mas Gading agar dapat bersama-sama membangun dan menjana pendapatan yang lumayan,” katanya.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Mas Gading memberitahu, bidang keusahawanan kini sudah mula menjadi pilihan belia di Malaysia di mana bilangannya semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

    Tambahnya, ia sekali gus memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mampan kerana ia berpotensi mendorong inovasi, mewujudkan pekerjaan, meningkatkan produktiviti dan daya saing.

    “Keusahawanan semakin popular dan saya berharap dapat melihat belia di Mas Gading menjadi usahawan dan menjadi pemangkin utama kepada perubahan dan kemajuan masyarakat setempat,” ujarnya.

    Tegasnya, selagi berada dalam kerajaan, beliau akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan muda di kawasannya kerana menganggapnya sebagai elemen utama dalam menjana pertumbuhan ekonomi.

    Seramai 200 peserta daripada pelbagai kelab belia dan persatuan di kawasan Parlimen Mas Gading dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu menyertai program itu, yang dimulakan oleh Nogeh sendiri. – Sarawakiana
  • No Comment to " Nogeh Mahu Lebih Ramai Belia Mas Gading Jadi Usahawan "