• Nicholas Mujah Jadi Rebutan Pembangkang Sarawak

    Published: Friday, 1 December 2017
    A- A+
    Nicholas Mujah (Foto Youtube)
    KUCHING - Akibat tidak sekata, dua parti pembangkang di Sarawak kini berebut calon untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan PKR masing-masing mendakwa Nicholas Mujah akan menjadi calon mereka.

    PBDSB menyuarakan rasa terkejutnya apabila Naib Pengerusi PKR Sarawak, yang juga Adun Batu Lintang, See Chee How, mengumumkan pada sidang media di si semalam bahawa Mujah, setiausaha agung Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), akan diletakkan sebagai calon PKR bagi kerusi Sri Aman pada PRU14.

    "Mujah akan menjadi calon kami (PBDS). Adalah keterlaluan dan pelik apabila Chee How mengatakan beliau akan menjadi calon PKR Sarawak.

    “Kami juga difahamkan bahawa Mujah sendiri tidak tahu tentang perkara itu,” kata Timbalan Presiden PBDSB, Patrick Anek Uren.

    Mujah dipercayai antara mereka yang akan diletakkan sebagai calon oleh PBDSB pada PRU14.

    Anek mendakwa kenyataan Chee How itu bertujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di Sri Aman bagi menghakis populariti Presiden PBDSB, Cobbold John Anak Lusoi, yang telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding di Sri Aman. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Nicholas Mujah Jadi Rebutan Pembangkang Sarawak "