• New York: Empat Cedera, Letupan Bom Di Hab Komute

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+
    gambar hiasan
    NEW YORK, 12 Dis (Bernama) -- Empat orang dilaporkan cedera dalam satu kejadian letupan bom di hab komuter di New York ketika waktu puncak pada Isnin, menurut agensi berita Xinhua.

    Datuk Bandar New York, Bill de Blasio berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi waktu tempatan itu, seorang lelaki berumur 27 tahun meletupkan bom yang dipasang dibadannya, di terowong bawah tanah berhampiran Times Square dan suspek turut mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

    Sementara itu, Pesuruhjaya Polis New York City James O'Neil pada sidang akhbar di lokasi kejadian berkata, suspek dikenal pasti sebagai Akayed Ullah dan telah ditahan polis.

    Ditanya sama ada suspek mempunyai hubungan dengan kumpulan Daesh, O'Neil berkata, "suspek sudah memberi kenyataan, namun kami tidak akan mengulas mengenai perkara itu buat masa ini."

    Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, mengesahkan suspek masuk ke AS menggunakan visa imigran F43 pada tahun 2011.

    Setakat ini, Presiden AS Donald Trump belum membuat sebarang kenyataan mengenai kejadian itu menerusi akaun twitternya. -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " New York: Empat Cedera, Letupan Bom Di Hab Komute "