• Netanyahu Berdepan Tekanan Eropah

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+
    Foto AFP

    PARIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berdepan kritikan pedas ketika memulakan lawatan ke Eropah susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Zionis.

    Pada pertemuan pertamanya dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dia digesa agar berhubung dengan rakyat Palestin untuk memulihkan hubungan susulan bantahan meluas terhadap tindakan AS itu.

    Macron mengutuk keputusan dua hala yang dibuat Presiden AS, Donald Trump itu dan menyifatkannya sebagai percanggahan terhadap undang-undang antarabangsa dan mengancam proses damai.

    "Saya menggesa perdana menteri menunjukkan sikap berani dalam berurusan dengan rakyat Palestin untuk keluar daripada keadaan buntu ketika ini.

    "Keamanan tidak hanya bergantung dengan AS saja ia turut membabitkan kemampuan pemimpin dua negara iaitu Israel dan Palestin," katanya.

    Pada masa sama Macron turut menyeru semua menteri luar Eropah agar meneruskan perbincangan di Brussels hari ini.

    Macron turut menggesa Netanyahu supaya membekukan penempatan bangunan Israel di wilayah yang diduduki.

    Bagaimanapun, dalam ucapan balasnya, Netanyahu ternyata memuji tindakan Trump yang dianggap 'bersejarah' dan menjelaskan Baitulmaqdis sejak sekian lama sudah menjadi ibu negara mereka dan tidak pernah menjadi ibu negara orang lain. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Netanyahu Berdepan Tekanan Eropah "