• Nelayan jumpa mayat wanita dalam guni

    Published: Saturday, 2 December 2017
    A- A+


    MIRI: Mayat seorang wanita tanpa sebarang identiti diikat dalam guni dijumpai terapung di Sungai Miri pagi tadi.

    Mayat itu dijumpai nelayan terdampar di tebing sungai, yang kemudian memaklumkannya kepada polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri untuk tindakan lanjut.

    Jurucakap polis berkata, tiada sebarang pengenalan diri dijumpai pada badan mangsa dan polis masih menyiasat kes itu.

    "Mayat itu sudah dihantar ke rumah mayat Hospital Miri untuk bedah siasat," katanya hari ini.

    Pegawai Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lopeng, Jimmy Suhaili berkata, enam anggotanya dihantar ke lokasi mayat itu dijumpai untuk membantu polis mengeluarkan mayat dari Sungai Miri. -BHOnline
  • No Comment to " Nelayan jumpa mayat wanita dalam guni "